Waktu yang Baik Untuk Posting Artikel Di Blog

Posted by


Jika anda seorang blogger seperti saya, sudah tentu anda tertanya-tanya bila waktu terbaik untuk anda menyiarkan artikel blog anda. Atau lebih tepat, bilakah waktu terbaik meletakkan artikel anda di facebook atau twitter. Ini sangat penting karena jika anda promosikan artikel ini di waktu yang tepat, ramai orang akan membaca dan share artikel anda bersama rakan-rakan mereka.

Bila Waktu Terbaik Menyiarkan Artikel di Blog ?

Mengikut kajian di atas, waktu terbaik adalah menyiarkan artikel di blog pada waktu awal pagi. Pada waktu ini orang masih lagi segar minda mereka dan mereka akan mencari sesuatu ilmu yang positif untuk difikirkan. Selepas waktu pagi, kebanyakkan antara kita sudah mula berfikir mengenai hal lain seperti kerja dan tugasan harian yang perlu diselesaikan. 

Waktu Terbaik Menyiarkan Artikel di Facebook :
Tujuan kita menyiarkan artikel di facebook adalah untuk pembaca kita berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan mereka pula. Lebih ramai yang share artikel anda, lebih ramailah yang akan membacanya.

Seperti yang anda dapat jangka, waktu pagi masih lagi waktu terbaik. Memandangkan ramai sekarang menggunakan internet melalui telefon, maka setelah bangun pagi, facebook menjadi tempat pertama untuk kita melihat update terkini yang ada. Jika kita ada lebih dari satu artikel, anda juga boleh mensasarkan waktu rehat tengahari untuk orang melihat facebook anda.

Waktu Terbaik Untuk Promosi Artikel Anda di Twitter :
Saya kurang aktif di twitter, namun saya lihat ramai yang kongsikan artikel saya di twitter mereka.

Berdasarkan kajian di atas, grafnya agak pelik kerana kebanyakkan orang akan berkongsi artikel anda dengan lebih agresif pada waktu lewat petang. Ini mungkin disebabkan minda orang ramai telah letih dengan maklumat-maklumat yang masuk, maka mereka beralih pula ke twitter untuk mendapatkan maklumat ringan.

Kesimpulan :

Secara kesimpulannya, anda dinasihatkan untuk berkongsi artikel anda di blog dan facebook pada waktu awal pagi pada pukul 8.30 hingga 10.00 pagi dan di twitter pada pukul 3.00 hingga 4.30 petang. Satu lagi perkara ialah, kurangkan menyiarkan artikel yang hebat pada hujung minggu kerana biasanya orang akan berehat dan meluangkan masa dengan keluarga pada waktu ini. Namun saya menyedari satu perkara, jika kita mempunyai idea untuk menulis, anda seharusnya menulis artikel itu pada bila-bila masa. Jangan tunggu waktu yang sesuai. Asalkan ada idea untuk menulis, anda perlu terus menulis. 

Lebih banyak anda keluarkan idea anda adalah lebih baik kerana anda akan mendapat pula idea baru. Jika anda tidak mengeluarkan idea ini dalam bentuk penulisan, idea ini akan hilang dan idea baru tidak akan muncul. Kongsikan pemikiran anda supaya anda dapat mengeluarkan idea ini daripada diri anda dan supaya lebih ramai orang dapat mengetahui apa yang anda fikirkan. Pelanggan akan lebih mudah untuk membeli daripada anda jika mereka tahu siapa diri anda dan apa yang anda fikirkan.
Sumber : nandarious.blogspot.com


Blog, Updated at: 18.31

Update

    Sering Dibaca